Saturday, 16 November 2013

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

1~ Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr'(Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif):Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjol dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang menarik perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi ia meletakkan pula di luarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa. (Mausuah Al_Usrah M.S.99)

2~ Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang di atasnya (diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah)yang labuh sampai paras lutut lalu seluarnya hanya dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja maka hukumnya tidak haram dengan syarat seluar itu tidak jarang atau ketatsehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.Alasannya kerana seluar bukan pakaian yang khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan adalah membuka auratnya atau sebahagian auratnya di hadapan lelaki ajnabi.

3~ Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili(pengarang kitab al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah M.S 191 ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Ia menjawab hukumnya haram kerana ia sempit(ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan, yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ianya menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian-pakaian luarnya (baju atau jubah) dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar sertalabuh sehingga bawah paras lutut maka hukumnya harus.

Rujukan: Syarat-syarat pakaian muslimah, Oleh Ust.Hj Aminuddin bin Hj Abd. Rahim.

Rumusan:
Daripada penjelasan para ulama di atas, perempuan yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya singkat maka hukumnya haram kerana menampakkan punggungnya. Oleh itu labuhkan baju atau jubah hingga ke bawah paras lutut bila memakai seluar.


Kalau baju labuh sampai lutut, macam mana dengan bentuk kaki bawah lutut?
Bolehkah memakai baju labuh hingga paras lutut dan memakai seluar yang tidak ketat,
namun seluar tersebut masih menampakkan bentuk betis?

Maklumat lain pula cuba menjelaskan persoalan diatas:

Apakah hukum perempuan pakai seluar?
Adakah kitab rujukannya?

Jawapannya:

Boleh,

Dalilnya:

من لم يجد إزارا فليلبس سراويل

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال

Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas pria yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai pria.” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

ونساء كاسيات عاريات

Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya

2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya. sekian WA

Friday, 15 November 2013

Frogit

Dongkey Kong

Gyroball

Zelda

Bike Storm Racers

Viktor The North

Tuning Guitar

Jom sama-sama betulkan tune gitar kita sebelum memainkan lagu, agar lagu jiwang kita taklah menjadi lagu kanak-kanak rebina. Aihhh.. susah juga nak explain dalam perkataan ni. Macam ni lah erk.. Cuba letak gitar dalam keadaan seperti gambar bawah ni.


Fokus pada fretboard yang ke-5 dari kiri iaitu Fret Markers. Sekarang baiki ketegangan tali yang paling tebal mengikut cita rasa anda, tapi jangan tegang sangat takut tali yang bawah akan jadi terlalu tegang dan putus. Mengubah ketegangan tali dengan memutarkan peg ( dalam kotak merah ).

Sila rujuk gambar di atas:

Sekarang tekan tali di titik merah, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali kedua sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik merah sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali kedua. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali kedua, dengan memutar-mutarkan peg kedua atau peg tengah.

 Sekarang tekan tali di titik biru, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali ketiga sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik biru sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali ketiga. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali ketiga, dengan memutar-mutarkan peg ketiga.

Sekarang tekan tali di titik hijau, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali keempat sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik hijau sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali keempat. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali keempat, dengan memutar-mutarkan peg keempat.

Sekarang tekan tali di titik ungu, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali kelima sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik ungu sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali kelima. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali kelima, dengan memutar-mutarkan peg kelima.

Sekarang tekan tali di titik kuning, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali keenam sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik kuning sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali keenam. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali keenam, dengan memutar-mutarkan peg keenam.

Okey dah siap. Untuk lebih baik, dapatkan bunyi gitar kord E, A, D, G, B, dan E seperti di bawah.


Cara Memainkan Kord Gitar

Sudah kenali gitar tapi tidak tahu macam mana nak baca kord gitar? Okey, jangan risau. Macam yang telah kita sedia maklum gitar ada 6 tali.


Apabila gitar dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (Free Strings), ia boleh menghasilkan kord E, A, D, G, B, E.


Tebal <----------------------------------------------------------------------------> Halus 

Seterusnya, cara untuk baca kord dibawah:


Untuk fahami gambar kord di atas, letakkan gitar seperti kedudukan gitar berikut dan tekan mengikut contoh gambar kord-kord di atas. Demikianlah cara memainkan kord-kord gitar.

Walaubagaimana pun, gitar haruslah dibetulkan terdahulu, iaitu Tuning Guitar.

Kenali Gitar

Sebelum kita bermain gitar, kita perlulah kenali gitar terlebih dahulu. Kalau tidak kenal, macam mana nak main kan? Bak kata pepatah orang melayu, tak kenal maka tak cinta.. :) Jom bersama-sama kita kenali gitar.

Inilah bahagian-bahagian gitar. Lihat gambar di bawah :


Merujuk kepada gambar di atas, tangan kiri akan berada di bahagian fret dan neck manakala tangan kanan berada di bahagian rosette. Mohon jangan pegang terbalik ye, malu kat orang..


Ini pula gambar tangan kiri yang mana kita gunakan jari 1,2,3 dan 4 untuk menekan tali-tali gitar. Untuk pengetahuan am, gitar mempunyai 6 tali. Namun demikian, terdapat juga gitar yang bukan 6 tali, ianya dipanggil gitar tak cukup sifat atau lebih dikenali gitar putus tali. :) Lihat gambar di bawah :


6 tali yang berbeza ketebalan, dimana tali yang paling halus berada teratas dan semakin menebalapabila ke bawah. Apabila memegang gitar, tali yang paling halus akan berada di bawah, manakala tali yang paling tebal berada di atas.

Bermula dari tali paling tebal hingga ke paling halus dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (FREE STRING) akan menghasilkan not E, A, D, G, B, dan F.

Formula mudah untuk mengingatinya:
E - Elephant
A - And
D - Dog
G - Grow
B - Big
E - Ear

Wednesday, 13 November 2013

Warning Button

<HTML>
<HEAD>
</HEAD>
<BODY>
<INPUT TYPE=BUTTON VALUE="Click here" ONCLICK="alert('Please do not click on this button again!')">
</BODY>
</HTML>

Alert Box

<script type="text/javascript">
<!--

alert ("This is a JavaScript ALERT box.")

// -->
</script>

Monday, 11 November 2013

Apabila kehidupan tanpa kepercayai keluarga sendiri wujud.

Tinggal dengan keluarga tiri sememangnya ada asam garamnya, kerana wujud keluarga bukan darah daging asal kita. Masing-masing meletakkan ketidakpercayaan, itu dah menjadi lumrah. Segala yang berlaku selalunya sayalah menjadi mangsa tuduhan. Segala kecurian yang berlaku selalunya saya dipersalahkan, kenapa saya? Demi Allah saya tidak mencuri seperti yang dia selalu nyatakan. Dan kenapa selalu je ada perkara yang dia selalu membuat saya kelihatan salah. Apakah selama ini dia sengaja mencari salah, walhal kecurian, kehilangan dan kesalahan lain hanya rekaan semata-mata untuk melawan saya? Jika benar dia sengaja mereka-rekakan cerita, biarlah Allah lakukan apa yang patut, kerana itu sudah menjadi fitnah. Saya malas nak bercerita panjang sebab dia adalah ibu saya walaupun ibu tiri. Kebaikan yang mungkin dilihat dari luaran, sememangnya tidak dapat dipercayai lagi, kerana saya dah dengar 1 rancangan yang telah mak tiri saya rancangkan. Jadi saya perlulah mengambil langkah berjaga-jaga, sebelum ianya berlaku. Saya tidak akan bertindak sebelum tercetusnya perkara berikut. Diam-diam saya, namun saya menyimpan sejuta rahsia termasuklah rahsia orang lain. Saya takkan mulakan melainkan orang lain yang mulakan dulu. Saya akan cuba mengalah selagi termampu, bila difikirkan balik, dia dah berumur. Biarlah dia happy. Saya akan cuba menjadi baik (selepas exam STPM ini), dan saya akan cuba balas jasa dia, baik buruk dia, dia tetap mak saya. Biarlah diri saya terguris luka, menginginkan kasih sayang ibu.



Thursday, 7 November 2013

How to make Blogger Title Centered of the Page


Following steps will guide you on how to make blogspot blog title and blog description center aligned.

1) Login into your blogger account.
2) Click on your desired blog name.
3) Click on Template. (See below image to understand steps 3, 4 and 5)
4) Click on Edit HTML.
5) Click on Proceed.

Steps 3, 4 and 5 are given in below screenshot.



6) Now in opened HTML code window search following text.

.Header h1 {



7) Just below the { paste following code.
text-align: center;


It will make your Blog Title in center/middle of the page.


8) Now if you also want to make blog Description in center of the page then search following text.



9) Now put following code just below the {




Note:
i) If you want to display your blog title or description in left then replace center with left.
ii) If you want to display your blog title or description in left then replace center with right.


10) Save the template. And you are done.

- See more at: http://blogspothelp4u.blogspot.com/2012/09/How-to-make-blogger-blog-centered-of-page.html#sthash.1e394KMH.dpuf

Following steps will guide you on how to make blogspot blog title and blog description center aligned.