Sebelum kita bermain gitar, kita perlulah kenali gitar terlebih dahulu. Kalau tidak kenal, macam mana nak main kan? Bak kata pepatah orang melayu, tak kenal maka tak cinta.. :) Jom bersama-sama kita kenali gitar.
Inilah bahagian-bahagian gitar. Lihat gambar di bawah :
Merujuk kepada gambar di atas, tangan kiri akan berada di bahagian fret dan neck manakala tangan kanan berada di bahagian rosette. Mohon jangan pegang terbalik ye, malu kat orang..
Ini pula gambar tangan kiri yang mana kita gunakan jari 1,2,3 dan 4 untuk menekan tali-tali gitar. Untuk pengetahuan am, gitar mempunyai 6 tali. Namun demikian, terdapat juga gitar yang bukan 6 tali, ianya dipanggil gitar tak cukup sifat atau lebih dikenali gitar putus tali. :) Lihat gambar di bawah :
6 tali yang berbeza ketebalan, dimana tali yang paling halus berada teratas dan semakin menebalapabila ke bawah. Apabila memegang gitar, tali yang paling halus akan berada di bawah, manakala tali yang paling tebal berada di atas.
Bermula dari tali paling tebal hingga ke paling halus dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (FREE STRING) akan menghasilkan not E, A, D, G, B, dan F.
Formula mudah untuk mengingatinya:
E - Elephant
A - And
D - Dog
G - Grow
B - Big
E - Ear
No comments:
Post a Comment
Sila komen untuk memberi pandangan atau untuk membetulkan kenyataan yang mungkin kurang tepat dalam blog ini. Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan, maka sama-samalah kita memperbetulkannya. ONLY REGISTERED USER CAN COMMENT, DON'T SPAMMING.