Tinggal dengan keluarga tiri sememangnya ada asam garamnya, kerana wujud keluarga bukan darah daging asal kita. Masing-masing meletakkan ketidakpercayaan, itu dah menjadi lumrah. Segala yang berlaku selalunya sayalah menjadi mangsa tuduhan. Segala kecurian yang berlaku selalunya saya dipersalahkan, kenapa saya? Demi Allah saya tidak mencuri seperti yang dia selalu nyatakan. Dan kenapa selalu je ada perkara yang dia selalu membuat saya kelihatan salah. Apakah selama ini dia sengaja mencari salah, walhal kecurian, kehilangan dan kesalahan lain hanya rekaan semata-mata untuk melawan saya? Jika benar dia sengaja mereka-rekakan cerita, biarlah Allah lakukan apa yang patut, kerana itu sudah menjadi fitnah. Saya malas nak bercerita panjang sebab dia adalah ibu saya walaupun ibu tiri. Kebaikan yang mungkin dilihat dari luaran, sememangnya tidak dapat dipercayai lagi, kerana saya dah dengar 1 rancangan yang telah mak tiri saya rancangkan. Jadi saya perlulah mengambil langkah berjaga-jaga, sebelum ianya berlaku. Saya tidak akan bertindak sebelum tercetusnya perkara berikut. Diam-diam saya, namun saya menyimpan sejuta rahsia termasuklah rahsia orang lain. Saya takkan mulakan melainkan orang lain yang mulakan dulu. Saya akan cuba mengalah selagi termampu, bila difikirkan balik, dia dah berumur. Biarlah dia happy. Saya akan cuba menjadi baik (selepas exam STPM ini), dan saya akan cuba balas jasa dia, baik buruk dia, dia tetap mak saya. Biarlah diri saya terguris luka, menginginkan kasih sayang ibu.
No comments:
Post a Comment
Sila komen untuk memberi pandangan atau untuk membetulkan kenyataan yang mungkin kurang tepat dalam blog ini. Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan, maka sama-samalah kita memperbetulkannya. ONLY REGISTERED USER CAN COMMENT, DON'T SPAMMING.