Saturday, 16 November 2013

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

1~ Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr'(Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif):Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjol dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang menarik perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi ia meletakkan pula di luarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa. (Mausuah Al_Usrah M.S.99)

2~ Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang di atasnya (diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah)yang labuh sampai paras lutut lalu seluarnya hanya dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja maka hukumnya tidak haram dengan syarat seluar itu tidak jarang atau ketatsehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.Alasannya kerana seluar bukan pakaian yang khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan adalah membuka auratnya atau sebahagian auratnya di hadapan lelaki ajnabi.

3~ Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili(pengarang kitab al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah M.S 191 ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Ia menjawab hukumnya haram kerana ia sempit(ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan, yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ianya menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian-pakaian luarnya (baju atau jubah) dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar sertalabuh sehingga bawah paras lutut maka hukumnya harus.

Rujukan: Syarat-syarat pakaian muslimah, Oleh Ust.Hj Aminuddin bin Hj Abd. Rahim.

Rumusan:
Daripada penjelasan para ulama di atas, perempuan yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya singkat maka hukumnya haram kerana menampakkan punggungnya. Oleh itu labuhkan baju atau jubah hingga ke bawah paras lutut bila memakai seluar.


Kalau baju labuh sampai lutut, macam mana dengan bentuk kaki bawah lutut?
Bolehkah memakai baju labuh hingga paras lutut dan memakai seluar yang tidak ketat,
namun seluar tersebut masih menampakkan bentuk betis?

Maklumat lain pula cuba menjelaskan persoalan diatas:

Apakah hukum perempuan pakai seluar?
Adakah kitab rujukannya?

Jawapannya:

Boleh,

Dalilnya:

من لم يجد إزارا فليلبس سراويل

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال

Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas pria yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai pria.” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

ونساء كاسيات عاريات

Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya

2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya. sekian WA

No comments:

Post a Comment

Sila komen untuk memberi pandangan atau untuk membetulkan kenyataan yang mungkin kurang tepat dalam blog ini. Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan, maka sama-samalah kita memperbetulkannya. ONLY REGISTERED USER CAN COMMENT, DON'T SPAMMING.